Posts

Showing posts from July, 2017

PENGENALAN

Image
Berikutan kekalahan Amerika Syarikat di Vietnam dan keadaan di Kemboja yang semakin buruk, penganalisis politik antarabangsa menjangka   Domino Theory  bakal menjadi kenyataan—dan kebimbangan itu turut terasa hingga ke Malaysia. Sebagai langkah awal, pengambilan tentera dipertingkat, selari dengan apa yang sering disebut Jen Amir “Guntur” sebagai mass production . Walaupun istilah itu biasanya membawa maksud kualiti merosot, TJP 31 membuktikan sebaliknya—produk ramai, tapi mutu tetap padu. Dalam tempoh ini, pengambilan Tauliah Tetap dihentikan sementara, kecuali bagi mereka yang bakal dihantar latihan ke luar negara. Ramai daripada kelompok ini akhirnya muncul sebagai Panglima, dan ada juga yang kemudian menjadi jutawan—rezeki masing-masing, tapi asasnya tetap sama: sekolah hidup bermula dalam uniform. Pada 10 Januari 1977, di Kem Sebatang Karah (Pre-OCTU), para Bakal Pegawai Kadet—dengan rambut gonjeng gaya 70-an—mengangkat sumpah taat setia. Kumpulan Buday Boy menjad...